Antara madu yang berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh lebah batu (Apis dorsata) yang membina sarangnya pada dahan pokok Tualang (Kompassia excelsa).
Khasiat madu tualang:
- Meningkatkan metabolisma Membantu mengawal berat badan
- Anti mikrobial
- Anti oksida
- Membantu dalam penyembuhan luka
- Baik untuk penjagaan kesuburan
- Mengawal paras gula darah
- Menurunkan paras kolesterol dan lemak
- Anti kanser dan anti radang
- Penjagaan kecantikan kulit
- Mengawal tekanan darah
Madu tualang asli dikategorikan sebagai makanan organik. Cara penyimpanan madu tualang perlu dititikberatkan supaya dapat dikekalkan warna, tekstur, rasa dan khasiatnya.
Jangan simpan madu di dalam peti sejuk. Simpan madu pada suhu bilik. Habiskan madu dalam masa tiga (3) bulan selepas dibuka.
Madu ini mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi disebabkan kandungan sebatian fenolik, flavonoid dan asid askorbik.
Pantang larang madu bertujuan untuk memastikan khasiat madu adalah bermanfaat kepada kesihatan badan selepas pengambilan.
Jangan tidur selepas minum madu.
Elakkan makanan atau minuman bergula selepas mengambil madu.
Jangan minum madu yang dipanaskan. Jika dipanaskan, sejukkan dahulu sebelum minum.
Jangan beri madu kepada bayi.
Sekiranya berasa pening, mual, muntah dan cirit-birit selepas mengambil madu, segera berjumpa doktor untuk rawatan.